Merawat Saka,Santau & Haid Tidak Menentu
Assalamualaikum w.b.t. :) Tadi dalam Tanyalah Ustaz ada topik best iaitu pasal Indahnya Perubatan Islam oleh Ustaz Sharhan Shafie.
Untuk topik camni memang kena siap2 buku nota sebab otak tak mampu nak
hafal sume ayat yang Ustaz bagitau -_- Perubatan Islam ni adalah merawat
guna ayat Al-Quran atau sunnah Rasulullah s.a.w, selalu digunakan bila
perubatan moden tak berjaya tapi ada jugak yang jadikan ni sebagai 1st
option sebelum jumpa pakar. Bagi Bie, lagi baik kalau seimbangkan dua2
:)
Ustaz Sharhan :) |
Santau
Santau
ni satu penyakit yang amat dahsyat sebab penyakit ni makan dari dalam.
Dan doktor memang tak boleh nak detect la sebab tak nampak kan.. jadi
selalunya pesakit menanggung sengsara dalam keadaan tertanya2 sebab tak
tahu dia sakit apa. Santau yang paling kuat adalah santau angin. Antara
tanda anda ada santau angin adalah nafas berbau, berdebar tanpa sebab, sakit belakang, batuk berlarutan, kulit pecah dan susah dapat anak. Penawarnya adalah surah Furqan, ayat 23 yang bermaksud:
"Dan Kami (Allah) hadapi segala amal yang mereka lakukan, lalu Kami (Allah) jadikannya debu yang berterbangan."
Maknanya di sini, kita berdoa
supaya Allah melindungi kita dari santau tu.. debu berterbangan memang
nampak lemah kan? Jadi dah tak boleh membahayakan kita dah insyaAllah
Sihir
Sihir
ni ada macam-macam jenis.. Minyak pengasih pun termasuk dalam sihir.
Benda2 yang guna 'bantuan' selain Allah ni sihir. Tadi ada beberapa
pemanggil yang mengadu tentang sihir. Ada yang cerita pasal rumah dia
mungkin ada sihir. Ustaz tu cakap, setiap rumah manusia dihuni satu jin,
dan kerap baca Quran akan menyebabkan jin tu lari. Jadi selalu amalkan
mengaji. Antara tanda rumah kita ada sihir / jin adalah: selalu
nampak ada bayangan melintas, dengar bunyi tertentu yang asing, dan
dengar bunyi seperti ada orang di tingkat atas yang mengalihkan
perabot2/ bunyi mesin etc.. (yang ni selalu dengar masa
kat asrama dulu aaa :O) Untuk kes ni, kerapkan baca ayat Kursi dan azan
di tiang seri rumah jika ada. Sebab iblis amat takut pada azan. Kalau
takde tiang seri jangan takjadi azan pulak yer
Ada pula jenis sihir yang
menyebabkan mangsa sakit kulit/ mana2 anggota badan. Gatal2 di tangan,
bibir dan sebagainya. Untuk ubati sihir ini, guna minyak zaitun (untuk sapu di bahagian badan yang terlibat). Caranya:
Solat hajat (lagi baik kalau sekeluarga solat dengan ayah/ mak sebagai imam), baca Al-Fatihah, ayat Kursi, Selawat 7x.. dan kemudian baca:
[Yunus: 81-83]
[Al-Furqaan: 23]
[Yunus: 57]
[Hud: 57]
Boleh rujuk terjemahan untuk tahu maksud setiap ayat.. rajin2 kan bukak Quran terjemahan ye :)
Saka
Haaa
yang ni agak seram. Sebab apa? Sebab saka ni tak semestinya kita dapat
warisan/ orang bagi kita tapi kita mungkin dapat saka sebab saka tu
sendiri berkenan dan mahu mendampingi kita, nauzubillahi minzalik.
Kadang2 kita tak perasan pun ada saka. Selalunya, orang yang ada saka ni
mempunyai tanda yang sama iaitu mereka sering bermimpi. Antara mimpi yang dialami orang yang ada saka adalah:
- mimpi menyusu/ dukung/ riba baby
- mimpi jatuh dari tempat tinggi
- mimpi berada di kawan kubur/ tempat buang sampah
- mimpi kena kejar
- mimpi ular, sama ada dipatuk, dibelit etc
- mimpi orang beri sesuatu kepadanya
Kalau kerap sangat mimpi2
seperti di atas sila check diri sendiri aaaa :O Jadi selalunya lepas
bangun tidur mereka akan rasa sangat penat dan kemudian ada kesan2 lebam
pada tubuh. Err tapi ustaz tu cakap kalau lebam tu kat leher, kena
tanya suami dulu aaaa okbye
Abangggggg!!!!!!!!!!! |
Antara cara menghilangkan/menjauhkan saka adalah mengamalkan ayat2 ini:
Zikir La illah ha ilalloh wahdahula syarikalah (sampai habis) --> baca 5x lepas solat
Dan ayat yang dibaca oleh Nabi Yunus yang dengan izin Allah menyebabkan ikan memuntahkannya kembali:
la Ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin
Haid tak menentu
Yang
ni selalu dialami oleh anak2 dara.. tapi ada juga mak2 dara yang masih
ada masalah hihihi.. selalunya masalah haid ni disebabkan hormon tapi
ada juga yang lebih serius disebabkan oleh penyakit, nauzubillahi
minzalik. Masalah haid ni merangkumi haid terlalu lama/ sekejap, tak
teratur, senggugut kuat, haid tak datang2 lepas berbulan2 etc
Ustaz tadi ada baca satu ayat
tapi sory tak sempat nak tangkap ayat tu hadis atau apa. Katanya kesan
darah yang dialami perempuan (di luar kitaran haid) adalah sebab iblis
yang mengacau.. Pada diri perempuan, iblis amat suka rahim. Darah yang
keluar yang takde reason tu kerana cakaran iblis pada rahim. Iblis
memang suka mengganggu camni sebab bila kita keluar darah, ibadah kita
terganggu dan boleh buat kita tertekan. Jadi iblis amat suka melemahkan
kita sebegini... tapi kita pulak takleh tewas dengan iblis yer
Caranya:
Ambil madu asli (cara
test madu asli: celup mancis sikit dan goreskan. Kalau tak menyala, TAK
ASLI :( kalau menyala, ASLI :D Ni ustaz tu ajar) kemudian letak depan
sejadah dan solat hajat. Baca Al-Fatihah, ayat Kursi, surah An-Nahl ayat 69, selawat dan tiupkan kemudian minum. Satu hari sesudu :) InsyaAllah lepas tu sembuh..
Barang kerap hilang (toyol?)
Ustaz
cakap, orang Melayu suka menamakan benda2. Iblis dipanggil sebagai
pocong, dipanggil hantu penanggal, dipanggil toyol dan sebagainya. tapi
asal2nya adalah iblis atau jin. Toyol tu perkataan yang orang kita guna
ajer. Sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi ada jin jenis suka mencuri ni..
ok panggil toyol lah senang citer kerana sifatnya yang suka mencuri.
Kali ketiga, kurma hilang lagi
dan toyol juga ditangkap lagi. Kali ini toyol tu beritahu satu ayat yang
kalau dibaca sebelum tidur, mesti tak akan dapat dikacau oleh jin
hingga bangun.. iaitu ayat Kursi. Baca 7x
dan usaplah ke seluruh tubuh sebelum tidur, insyaAllah diri dan harta
benda kita akan terjaga sampai lah kita bangun..selalunya barang2 hilang
time tido kan?
InsyaAllah esok ada lagi
sambungan Tanyalah Ustaz tentang penyakit2 fizikal seperti kencing
manis, darah tinggi dan sebagainya pulak :)
0 comments: