JIN TIDAK TAHU ILMU GHAIB
Jin TIdak Tahu Perkara Ghaib
Di
zaman moden ini, masih ramai di kalangan umat Islam yang mempercayai
tukang tilik. Mereka menyakini tukang tenung boleh menyelami rahsia alam
ghaib sama ada mengetahui siapakah pencuri yang melakukan pengkhianatan
atau meramalkan perkara yang akan datang dan perkara-perkara yang ghaib
yang akan berlaku.
Tukang tilik dan para bomoh yang suka meramal dan menceritakan sesuatu
sama ada berkaitan hal jenayah dan sebagainya itu sebenarnya adalah
menerima bisikan daripada syaitan atau jin yang suka melakukan
pendustaan dan pembohongan sedangkan mereka memang tidak sedikitpun
mengetahui alam ghaib.
Allah SWT mewakilkan kepada malaikat untuk memastikan supaya mengazab
jin apabila mereka mengingkari arahan dan perintah Nabi Allah Sulaiman
a.s iaitu dengan membakar mereka.
Jin telah diperintahkan oleh Nabi Allah Sulaiman a.s supaya
membangunkan suatu bangunan, maka mereka semua melakukan siang dan malam
tanpa hentinya, kerana terlalu takut. Sehinggalah Nabi Sulaiman wafat
di hadapan mereka sedangkan mereka tidak mengetahuinya. Ini menunjukkan
mereka tidak mengetahui alam ghaib. Kalaulah mereka mengetahui tentang
kewafatan Nabi Sulaiman a.s tentulah mereka akan berhenti daripada
meneruskan pembinaan bangunan itu. Sedangkan bangunan yang diarahkan itu
memang terlalu sukar untuk dibangunkan sebagaimana yang telah
disebutkan oleh Allah SWT didalam al-Quran.
Nabi Sulaiman a.s wafat di hadapan mereka pun tidak dapat mereka kesan.
Bagaimana pula untuk membolosi rahsia alam ghaib dan perkara-perkara
yang hanya Allah sahaja mengetahuinya. Sebenarnya golongan jin ini
sebelum turunnya al-Quran boleh mencuri berita dari langit tetapi
setelah al-Quran diturunkan mereka tidak lagi dapat menaiki langit
sebagimana firmanNya yang bermaksud:
"Dan Sesungguhnya kami Telah mencoba mengetahui (rahasia) langit,
Maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang Kuat dan panah-panah
api. Dan Sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di
langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). tetapi
sekarang[1524] barangsiapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti
itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).
Dan Sesungguhnya kami tidak mengetahui (dengan adanya penjagaan itu)
apakah keburukan yang dikehendaki bagi orang yang di bumi ataukah Tuhan
mereka menghendaki kebaikan bagi mereka."
Ar-Razi di dalam kitab tafsirnya menghuraikan tentang kematian Nabi
Sulaiman a.s sedangkan jin bekerja di hadapan baginda dan tidak mereka
sedari, dengan katanya jin memang mengetahui apa-apa yang tidak
diketahui oleh manusia. Maka takdir kematian Nabi Sulaiman a.s adalah
ilmu ghaib, manusia tidak diberi ilmu melainkan amat sedikit, banyak
perkara yang nyata mereka tidak ketahui, dan jin pula tidak mengetahui
yang zahir walaupun dinisbahkan oleh manusia perkara itu adalah
tersembunyi. Maka nyatalah memang mereka tidak megetahui alam ghaib.
Sekiranya mereka mengetahui alam ghaib itu tentulah mereka tidak akan
meneruskan kerja yang amat berat, kerana menganggap Nabi Allah Sulaiman
masih hidup.
Begitu juga apabila mereka ditegah mengintai untuk mencuri berita dari
langit mereka tidak tahu mengapa mereka ditegah berbuat demikian
sehingga meeka bertanya sesama sendiri dan sekiranya mereka tahu alam
ghaib tentulah mereka mengetahui mengenai kebangkitan Nabi SAW terlebih
dahulu.
Jin memang boleh terbang kesana dan kemari dengan cepat dan segera,
oleh itu mereka mampu mengetahui peristiwa yang telah berlaku di benua
yang jauh atau peistiwa yang berlaku yang berlaku pada masa lalu. Walau
bagaimana pun apa yang mereka sampaikan tidak semestinya betul kerana
berita itu dibawa oleh satu jin yang boleh jadi lurus dan betul atau
mungkin berdusta, kerana di kalangan mereka ada yang maksiat, kafir dan
sebagainya.
As Syeikh Mohammad Al Ghazali mengatakan jin itu mempunyai kuasa
melebihi kuasa atau kudrat manusia, mereka boleh menyeberangi udara
dengan tenaga biasa sejak zaman dahulu kala lagi tetapi mereka tidak
mengetahui alam ghaib. Adakalanya berita itu ghaib nisbah kepada kita
tetapi tenyata zahir nisbah kepada meeka.
Contohnya sekarang kita dapat mengetahui apa yang belaku di negara lain
sama ada melalui satelit televisyen sedangkan jarak kita dengan mereka
amat jauh. Ini bukanlah bererti kita mengetahui alam ghaib, sekadar
peristiwa yang jauh dari pandangan mata di alam nyata.
Untuk mengetahui pekara-perkara yang ghaib di masa akan datang sesuatu
yang mustahil melainkan melalui wahyu. Dengan hal yang demikian, kalau
seseorang yang bertanya kepada tukang tilik atau tukang tenung dan ia
menjelaskan perkara-perkara yang akan datang maka itu adalah suatu
perkhabaran yang jelas membawa kepada kebinasaan.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan mengenai hukum bertanya kepada
jin dan kepada konco-konconya termasuk tukang tilik dan sebagainya.
- Kalaulah ditanya kerana hendak membenarkan apa yang mereka katakan maka hukumnya adalah haram sebagaimana telah disabdakan oleh Rasulullah SAW apabila ditanya oleh Muawiyah bin Abi Sullami bermaksud:
"Ya Rasulullah, pekara-perkara yang kamai lakukan di zaman
jahilliah ialah mendatangi tukang nujum. Sabda baginda, "kamu jangan
mendatangi tukang nujum."
Begitu juga dalam hadis yang lain bermaksud :
"barangsiapa yang mendatangi tukang tilik dan ditanya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari."
- Kalai disoal semata-mata untuk mengetahui hal dan segala tindak tanduknya dan untuk mengetahui pembohongannya maka adalah harus sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah bertanya Ibnass Sayyad.
Sabdanya : Apakah yang datang kepadamu?, katanya datang kepada saya yang
benar dan dusta . sabdanya apa pandanganmu, jawabnya aku lihat istana
di atas air, sesungguhnya aku sembunyikan dari segala keburukan.
Sabdanya diingatkan – Jangan kamu ulangi, dan seperti engkau ada kuasa,
dan dan ini adalah sebahagian saudara tukang tenung."
- Kalau ia mendengar sesuatu yang diceritakan atau dikhabarkan oleh jin melalui tukang nujum atau tukang tilik maka dalam perkara ini ia perlu kepada bukti yang menyokong perkhabarannya itu sebagaimana fiman Allah SWT bermaksud :
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik
membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak
menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya
yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
0 comments: