Gangguan Sihir Pemisah Suami Isteri

 Catatan Sirrussyifak Bagan Datuk.. September 2023


Pesakit : Suami Isteri  Umur : 26 dan 29 tahun.  Waktu : malam pukul 9.30 hingga 10.30 mlm   Dari : Teluk Intan.     Gangguan : Sihir dari seorang lelaki


Dapat call dari seorang perempuan teluk intan... Mengadu suaminya sakit-sakit badan.. Pernah muntah keluar kaca dan paku.. Tetapi ghaib Bila di cari semula... Pernah berubat di tempat lain suaminya bersilat.. Di pegang hingga 6 orang... 3 jam Baru selesai... Ekonomi mula merudum... Sudah lama tidak melakukan hubung an kelamin suami isteri... Ada sihir Dari seorang lelaki... Jin terdiri dari hantu raya


Suami tak mau datang Bila diajak datang berubat... Tetapi  isteri terpaksa menipu Pergi ke tempat Urut kenalan isterinya Akhirnya Sampai juga kerumah saya pukul 9.30 malam


Rawatan Suami :

Sisuami mula kerasukan.. Jin sihir berkata aku nk bunuh Dia... Pesakit muntah air liur dgn banyak nya... Bila diajak masuk islam tidak mahu... Agak degil.. jinnya... Perawat memegang kepalanya dan membaca wirid sakran jin sihir memegang tangan Perawat dgn kuat seperti hendak membuka silat.. Perawat membaca ayat supaya jin menjadi batu.. Jin tegak dan keras.. Seketika.. Dan Akhir nya jin tewas tumbang.. Perawat menyuruh nya berbaring dan merukyah perut pesakit.. Pesakit telah dihuni makhluk halus sehingga sakit-sakit diseluruh badan... Jin masih tidak mau masuk islam Akhirnya ia terpaksa utk menyedarkannya kembali Alhamdulillah pesakit merasa badan terasa ringgan


Rawatan isteri:

Isteri dirukyah kerana Ada sihir pemisah... Mereka disihir satu keluarga... Apabila jin Dipanggil jin kepanasan.. Jin mengatakan aku suka pada Dia... Sudah duduk dibadan nya lama.. Tuan nya Sudah tidak aktif.. Jenis hantu raya... Mengilai... Muntah lebih banyak dari suami... Suami air liur sahaja... Ini dgn Makanan sekali...pesakit dirukyah dibahagian Perut dan rahim menggunakan telunjuk dan tangan suami.. Jin kesakitan dan menjerit... Jin ini juga degil tidak mau masuk islam... Akhir nya jin disembelih utk MENGELUARKAN nya... Alhamdulillah  badan isteri terasa ringan


Semoga Allah menyembuhkan suami isteri dari kejahatan sihir.. 


Sekian Catatan Sirrussyifak

Minggu kedua bulan September tahun 2023

0 comments:

Cemburu Kejayaan Akedemik Disihir

Didatangi utk rawatan 3x oleh seorang doktor, telah di sihir selama 6 tahun.. Oleh pakcik nya sendiri.. Kerana cemburu atas kejayaan menjadi seorang doktor.. Menggunakan khidmat penyihir dari Indonesia.. Cuma dgn bayar an jutaan rupiah call dari Malaysia perkhidmatan jin sihir dilakukan... Makanan nya terdiri dari ASAP..

Kedatangan kali kedua minggu lepas jin yg paling kuat bernama SERI jin kafir telah masuk Islam... Tetapi pesakit  masih sakit.. Dan dikerjakan lebih teruk lagi oleh penyihir... Telah dibuat bakar bata.. Selama 3 hari 3 mlm ..jin, penyihir dan tukang sihir kepanasan.. Belum menyerah kalah..

Tadi telah keluar lagi 5 ekor jin yang tak pernah keluar dan dikenali... 2 ikrar sumpah jin dan 2 masuk Islam termasuklah jin saka terdiri dari harimau tua berumur 1000 tahun tetapi tiada peranan untuk berlawan dgn jin sihir yg menyerang sipesakit. 

Kesan dari siksaan kayu nona dan bacaan ayat ahzab dan ayat nikmat dan berdailog dgn jin pesakit:-

Jin 1...bernama Ah wang jin lelaki kafir berasal dari hutan hantu raya berbulu berwarna hitam duduk dileher... Bertugas utk mencekik dan menjerut lehernya telah masuk islam

Jin 2 : bernama melur jin Islam dari A'lam bunian digenting malik duduk dirahim telah disembelih

Jin3 : bernama andika jin kafir dari pokok hutan sejenis binatang seperti lotong duduk dibelakang bahu bergayut.. Dibadan pesakit telah diislamkan

Jin ke 4: bernama Ahmad Islam dari A'lam bunian juga tidak solat, kaki maksiat.. Duduk dibahagian kaki dan lutut.. Tujuan utk menyakitkan.. Sendi2 kaki telah keluar melalui sumpah jin

Ada lagi jin seperti Suri.. Jin kedua kuat tidak mau keluar..sejenis puteri  Dan menyuruh yang lemah2 keluar dulu... Untuk menjimatkan masa setelah kepenatan lebih sejam setengah bertarung, mengugut, berdailog, mengislamkan jin pesakit... Saya kata balik dulu.. Jika sakit lagi datang lagi minggu depan utk rawatan pembuangan jin....pengislaman jin

Pesakit telah memeriksa darah tinggi... Sebelum rawatan 169 tetapi setelah rawatan turun 150 menandakan pesakit telah release stress...

Semoga Allah membantu saya  pesakit disembuhkan oleh Allah dan diselamatkan dari angkara sihir laknatullah

Sekian Catatan Sirrussyifak Bagan Datuk 4 Jun 2023
---------------------------------
Pagi ini terima kes sihir... Datang pukul 10.15 pagi dari darah hulu selangor.. Pesakit seorang doktor klinik kerajaan... Telah disihir selama 6 tahun oleh pakciknya sendiri kerana irihati kejayaanya sebagai seorang doktor... Setelah discan dan solat istikharah... Memang keluar Rupa pakciknya 2 orang... Allah tunjukkan melalui solat istiharah ibunya...

Semasa rawatan.. Si jin mula kesakitan dan kepanasan.. Menjerit-jerit kerasukan.. Siapa kamu.. Ular, harimau atau nenek tua? Jin berkata: aku orang Hantar...
Mualij : lelaki @perempuan... Jin: perempuan....
Mualij : masuk Islam ye.. Nnt masuk neraka.. Saya bagi nama fatimah
Jin: taknak.. Aku kafir tak takut dgn neraka... Kenapa nk tukar nama... Nama aku suri

Mualij: kalau tak nk keluar aku siksa kamu.. Dgn ayat neraka allah
Jin: baiklah aku masuk Islam
Setelah masuk Islam Mualij : sekarang keluar dari Badan ini
Jin : mula menangis.. Aku tak tahu jalan keluar... Aku terikat dibadan ini.... Diperut dan dileher
Mualij: membaca ayat pembukaan ikatan alhamdulillah Dapat Dibuka Oleh pertolongan allah

Pesakit disedarkan dengan Minyak kasturi kijang...

Muka pesakit Sudah ceria dan Ada nur cahaya... Tidak seperti sebelum datang lesu dan keruh

Sekian semoga pesakit DIBERI kesembuhan Oleh Allah dan sipenyihir Diberi pembalasan yg setimpal

Catatan Sirrussyifak Bagan Datuk...  27 Mei 2023

---------------------------------------------------
Pesakit saya dari ulu selangor seorang doktor datang lagi.. U ntuk berubat kali ke empat... Kali yang terakhir...

Kali pertama : Saya tidak fokus padanya kerana waktu itu... Ramai adik beradiknya yang datang utk putus saka keturunan... Tetapi balik masih sakit..

Kali kedua: Dapat mengislamkan jin bernama Suri...jin yang paling kuat... Jin yg di hantar (sihir) tetapi masih sakit lagi semakin kuat dikerjakan oleh jin bernama Ah Wang...

Kali ketiga: Dapat mengislamkan jin bernama ahmad dan melur... Dan mengeluarkan jin kafir bernama ah wang, andika dan jin saka keturunan saka harimau... Tetapi masih diganggu oleh jin bernama puteri...

Kali keempat: Dapat mengislamkan puteri tukar nama kepada balkis... Mengislamkan jin perempuan seorang pendekar dari sebuah gunung Indonesia... Mengeluarkan jin kafir duduk dipundi kencing... Mengislamkan jin kafir paling kuat... Merenung dgn sangat tajam... Terus duduk Baru masuk minggu lepas... Menguasai seluruh badan doktor kerana semua jin telah keluar.... Tak Lut dgn kayu non a, sembelih pun belum tentu mati, tahu semua ayat quran..saya terasa buntu.. Ini jin yang paling kuat... Akhir ya.. Allah datang kan ilham.. Jin rupanya kepanasan Bila dibaca ayat api neraka dan masuk islam setelah berbincang tentang keindahan Islam dan syurga..

Sangat Tragis...doktor sangat berpuas hati... Akhirnya 12 ekor jin keluar dari badan nya selama 4 minggu datang berturut-turut... Berjumpa dengan berbagai perawat tapi bertemu jodoh dengan perubatan Sirrussyifak Bagan Datuk....

Sekian Catatan Sirrussyifak Bagan Datuk bertarikh 10 June 2023

-----------------------------------------------
Pagi ini terima kes sihir... Datang pukul 10.15 pagi dari darah hulu selangor.. Pesakit seorang doktor klinik kerajaan... Telah disihir selama 6 tahun oleh pakciknya sendiri kerana irihati kejayaanya sebagai seorang doktor... Setelah discan dan solat istikharah... Memang keluar Rupa pakciknya 2 orang... Allah tunjukkan melalui solat istiharah ibunya...

Semasa rawatan.. Si jin mula kesakitan dan kepanasan.. Menjerit-jerit kerasukan.. Siapa kamu.. Ular, harimau atau nenek tua? Jin berkata: aku orang Hantar...
Mualij : lelaki @perempuan... Jin: perempuan....
Mualij : masuk Islam ye.. Nnt masuk neraka.. Saya bagi nama fatimah
Jin: taknak.. Aku kafir tak takut dgn neraka... Kenapa nk tukar nama... Nama aku suri

Mualij: kalau tak nk keluar aku siksa kamu.. Dgn ayat neraka allah
Jin: baiklah aku masuk Islam
Setelah masuk Islam Mualij : sekarang keluar dari Badan ini
Jin : mula menangis.. Aku tak tahu jalan keluar... Aku terikat dibadan ini.... Diperut dan dileher
Mualij: membaca ayat pembukaan ikatan alhamdulillah Dapat Dibuka Oleh pertolongan allah

Pesakit disedarkan dengan Minyak kasturi kijang...

Muka pesakit Sudah ceria dan Ada nur cahaya... Tidak seperti sebelum datang lesu dan keruh

Sekian semoga pesakit DIBERI kesembuhan Oleh Allah dan sipenyihir Diberi pembalasan yg setimpal

Catatan Sirrussyifak Bagan Datuk...  27 Mei 2023
--------------------------------------------------------

Catatan Sirrussyifak Bagan Datuk
Masa: 10.30 pagi hingga 1.00 tengahari.      Tarikh: 24/06/2023

Rawatan kali kelima seorang doktor dari hulu selangor... Yg saya Sudah keluar kan 12 ekor jin.. Boleh rujuk catatan saya sebelum ini...

Dialog jin 13: 
Rawatan dimulakan.. Pesakit mula batuk.. Mengerang tanda jin dlm badan akan berdailog 
Rizal: siapa nama kamu? 
Jin: knp nk tau nama aku.. 
Rizal: kamu suri atau puteri? 
Jin: Aku tak kenal nama tu... Aku di hantar oleh Tuan aku dari indonesia.. Aku nenek tua berumur 800 tahun
Rizal: Masuk Islam ye? 
Jin: knp nk masuk Islam.?
Rizal: Tengok diatas kamu.. Sambil membaca ayat cahaya Islam... Ibadah dlm Islam.. Islam yang benar... 
Jin: memandang keatas... Itu langit... Ada cahaya matahari
Tapi aku tak nak masuk islam
Rizal: hai jin bodoh.. Masuk dlm Islam.. Kalau tidak aku siksa kamu! 
Jin: Aku bodoh.. Manusia lagi bodoh... 
Rizal: oh pandai.. Tunjuk kepandaian kamu... 
Jin: baik.. Kau bole masuk dlm badan aku... Aku masuk dlm badan Kau sekarang
Rizal: tak boleh... Jangan
Jin: itu sebab aku kata aku pandai
Rizal: membaca ayat surah soffat... Jin Mengerang kepanasan.. 
Jin: baik lah aku masuk Islam... Tapi nanti aku tak boleh kacau manusia... Aku takda kerja
Rizal: Kau berhentilah dan bertaubat.. Solat.. Dan Pergi masjid
JIN : Asyhadualla ila haillah... Asyhaduan na muhamadarasulullah
Rizal: Selamat datang didalam Islam... Aku tukar nama kamu kpd Aishah.. Dulu nama kamu siapa? 
Jin: Mawar... 
Rizal: Sekarang keluar... Jin yang lain masuk
Jin 13 keluar... Dan masuk jin ke 14

JIN ke 14: 

Jin batuk dan Mengerang.. Tangan dipegang oleh kedua adik beradik minta dilepaskan.. Kekuatannya lebih dari seorang lelaki

Rizal: Siapa nama kamu.. Lelaki atau perempuan? 
Jin: Lelaki... Aku dah lama duduk di sini sejak 2011...lebih lama jin yg 13 ekor yang telah Kau keluarkan

Rizal : Siapa yang Hantar... Orang yang sama ke? 

Jin: Bukan.. Orang lain... Staf yang pernah disakiti... Oleh doktor ini... 
Rizal: kamu ular, harimau atau hantu raya? 
Jin:Aku hantu raya dari malaysia tapi Tuan aku dah tak aktif menyihir... Aku duduk saja dalam badan Dia takda kerja... 
Rizal: Masuk Islam.. Dan keluar 
Sambil menyiksa jin dgn kayu nona... Jin menggelupur kepanasan Akhirnya menyerah masuk Islam... Setelah di check dan di panggil takut Ada jin lain yang menyorok dlm badan pesakit... Tiada lagi jin dlm badan pesakit... Alhamdulillah
Telah keluar 2 jin hari ini yang berjumlah 14 ekor.. Rawatan Sudah masuk 5x....mudah an pesakit.. Sembuh dan tiada lagi jin sihir yang Baru di hantar oleh tukang sihir... 

Sekian Catatan 24/6/2023
USTAZ RIZAL : 01155026053

0 comments:

Awas! Sikap panas baran, mimpi pelik, masalah jodoh antara petanda seseorang didampingi saka

 PERCAYA atau tidak saka keturunan memang wujud dalam masyarakat kita.

Pada zaman moden ini, sukar untuk mempercayai perkara mistik dan tidak ada sesiapa yang mahu mendampingi jin.

Bagaimanapun ramai yang tidak tahu sama ada diri kita ini mewarisi saka tanpa disedari.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengamal perubatan dimarahi nenek di tepi jalan, terkejut lihat wajah sama ada di rumah bidan baru meninggal - “Yang kau jumpa tadi jembalang hutan”

Menurut Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah, selalunya jin berkaitan saka ini melibatkan beberapa perkara seperti ilmu pertahanan diri seperti silat, ilmu mengubat, ilmu menilik, ilmu hitam untuk menghantar sihir, santau pada musuh (diupah), ilmu saka berkaitan kecantikan (susuk), saka berkaitan urut mengurut, saka untuk menjaga kebun tanaman dan harta benda.

Punca diamalkan

Ceteknya ilmu pengetahuan agama tentang halal haram, kurangnya kemudahan moden seperti kita di zaman ini, ingin mencapai sesuatu matlamat yang diingini, ingin menjaga keluarga yang ditinggalkan kerana mencari rezeki.

Jadi ini antara tanda-tanda saka yang wujud pada diri tanpa kita ketahui dan sedari antaranya:

1. Kita mengetahui dari cerita orang terdahulu seperti ayah, datuk atau moyang bahawa keturunan kita mempunyai ilmu yang hebat seperti permah menjadi bomoh, pahlawan, bidan, miliki ilmu kebal, ilmu ghaib, kononnya berkahwin dengan bunian dan handal mengubat.



Barang-barang lama juga dikaitan dengan saka. Gambar hiasan.

2. Ahli keluarga adik beradik, sepupu yang melibatkan pertalian darah mempunyai simptom-simptom gangguan mimpi yang sama seperti sering mimpi bayi (menyusukan, melihat, terima bayi, melahirkan), sering mimpi didatangi seseorang memberi sesuatu seperti bungkusan atau ayat-ayat Al-Quran atau jampi serapah yang boleh digunakan untuk mengubat, menilik dan meramal.

3. Ada ahli keluarga yang tiba-tiba mempunyai ilmu seperti boleh mengurut, boleh berubat, boleh bersilat dan lain-lain tanpa mempelajarinya adakalanya kemampuan mereka merawat menjadi sebutan ramai orang. Contohnya boleh bedah secara batin untuk buang batu karang, bedah batin jantung dan sebagainya.

4. Keturunan mempunyai masalah yang sama seperti masalah zuriat (sering keguguran), masalah jodoh, gangguan mental, terdengar bisikan, panas baran tidak bertempat, sikap yang pelik, suka menyendiri dan bercakap-cakap dengan seseorang.

5. Anggota keluarga terdahulu mempunyai simptom sakit fizikal yang sama iaitu sering sakit sendi-sendi utama 'on-off' seperti rasa berat di tangkuk, bahu, sakit belikat, sakit pingang dan lutut yang berpanjangan tidak sembuh walaupun telah melakukan perbuatan moden. Penyakit kulit yang tidak sembuh-sembuh, kulit bersisik dan muka wajah berubah menjadi tua.



Pelbagai petanda seseorang itu didampingi jin Gambar hiasan.

6. Tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didiagnoskan.

7. Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat. Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.

8. Kadangkala boleh tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya itu adalah bisikan iblis dan jin. Boleh tahu barang yang hilang. Mendapat ramalan-ramalan tentang sesuatu dan perkara tersebut benar-benar terjadi.

9. Cucu-cucu yang keturunannya mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk dan agak memberontak, adakala tak mahu ke sekolah, tak mahu bekerja, tak mahu bergaul dengan orang. Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua agak kurang ajar dan sangat panas baran.

10. Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang, sentiasa berlaku perkara buruk dan pergaduhan dalam rumah tangga, berkahwin dan bercerai berulang kali. Bila bertunang kerap putus. Kerap mimpi bersama dengan jin (sama seperti tubuh badan suami).

Berhati-hati dengan semua tanda-tanda ini, jangan putus asa untuk dapatkan rawatan.



Al-Quran adalah menjadi rujukan utama dalam menempuh segala ujian manusia.

Gangguan jin seperti sihir saka dan sebagainya adalah termasuk dalam kategori ujian bagi orang yang beriman. Sebagaimana kata Abu al-Barra’ al-Ma’ani; "Bahawa rasukan jin terhadap manusia adalah termasuk dalam jenis ujian daripada Allah SWT, Allah SWT dengan kebijaksanaan-Nya menguji hamba-hamba-Nya dengan pelbagai jenis ujian dan rasukan adalah antaranya."

Firman Allah: Dan kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai satu ujian, dan kepada kami kamu akan kembali. (Surah al-Anbiya’ ayat 35), maka kepada sesiapa yang diuji dengan demikian itu hendaklah ia bersabar dan mengharapkan ganjaran serta habuan daripada Allah di samping berusaha untuk mengubatinya dengan sebab-sebab yang disyariatkan...." (Lihat Fath al-Haqq al-Mubin: 79)

Justeru, dalam mengharungi segala ujian yang diciptakan oleh Allah SWT ini, tiada jalan lain bagi seseorang wanita itu kecuali kembali mengikuti manhaj yang telah digariskan oleh Allah SWT dan Nabi SAW.

Melakukan segala yang diperintah oleh-Nya dan meninggalkan segala yang dilarang sehingga mencapai tahap kategori yang disebutkan oleh Nabi SAW sebagai wanita yang solehah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya dunia ini nikmat, sebaik-baik nikmat dunia adalah wanita yang solehah". Riwayat Muslim (64)

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sakamistik,

0 comments: