Jangan sesekali pasang ayat-ayat Ruqyah didalam kenderaan



Jangan sesekali pasang ayat-ayat Ruqyah didalam kenderaan kerana orang yang mempunyai gangguan bila diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran akan mempunyai tindak balas seperti meracau-racau ia cukup bahaya kepada pemanduan


Sekiranya gangguan bertambah agresif ada kemungkinan rsiko untuk terjun dari kereta dan kemalangan cukup tinggi.




Cukup hanya membaca doa menaiki kenderaan dan istighfar. Pesanan ikhlas dari saya.

Apa Itu Ayat Ruqyah?

Ayat ruqyah ni ialah himpunan ayat al-Quran yang digunakan dalam tujuan perubatan dimana dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau gangguan jin dan ia salah satu daripada himpunan ayat suci Alquran untuk penawar dan menghalau jin. Bukanlah dikatakan ayat2 ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit, Allah jua yang memperkenankan doa kita segalanya.

Himpunan Ayat Ruqyah Terdiri Daripada :

SURAH FATIHAH

1. BISMILLA HIRROH MANIRROHIM
2. ALHAMDULILLA HIROBBIL 'ALAMIN
3. AR ROHMA NIRROHIM
4. MALIKIYAU MIDDIN
5. IYYA KANA'BUDU WA IYYA KANAS TA'IN
6. IHDINAS SIROTOL MUSTAQIM
7. SIROTHOL LAZI NA AN'AMTA 'ALAIHIM GHOIRIL MAGHDUBI 'ALAIHIM WALADH DHOLLIN
1. Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
3. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
4. Yang Menguasai hari pembalasan (hari akhirat)
5. Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan
6. Bimbinglah kami ke jalan yang lurus
7. Iaitu jalan orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.


SURAH AL BAQARAH 1-5

1. ALIF LAM MIM
2. ZALIKAL KITABULA ROIBAFI HI HUDAL LIL MUTTAQIN
3. ALLAZI NA YUKMINU NABIL GHOIBI WAYUQI MUNAS SOLATA WAMIMMA ROZAQNA HUM YUNFIQUN
4. WALLAZI NAYUKMINU NABIMA UNZILA ILAIKAWAMA UNZILAMIN QOBLIK;
WA BIL AKHIROTIHUM YUQINUN
5. ULA IKA 'ALA HUDAM MIRROBBIHIM;
WA ULA IKA HUMUL MUFLIHUN
1. Alif,Laam, Miim
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan ( mendermakan) sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya)
5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Al-Baqarah 102
Al-Baqarah 163-164

AYATUL KURSIY

WA ILA HUKUM ILAHUW WAHID;
LA ILA HA ILLA HUWAR ROHMA NUR ROHIM(163) ALLAHU LA ILA HAILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM;
LA TAKKHUZUHU SINATUW WALA NAUM;
LAHUMA FISSAMA WATIWAMA FIL ARDH;
MANZAL LAZI YASHFA 'U'INDAHU ILLA BI IZNIH; YA'LAMUMA BAINA AIDIHIM WAMA KHOLFAHUM;
WALA YUHITHU NABISYAI IN 'ILMIHI ILLA BIMA SYAK;
WASI'AKURSIYYUHUS SAMA WATIWAL ARDH;
WALA YA U DUHU HIFZUHUMA;
WAHUWAL 'ALIYYUL'AZIM
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak di sembah) selain dari Allah Yang Maha Permurah lagi Maha Mengasihani (163)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak di sembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekelian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang berada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemulianNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).(255)

Al-Baqarah 285-286
Ali-Imran 18-19
Al-‘Araf 54-56
Al-‘Araf 117-122
Yunus 81-82
Toha 69
Al-Mukminun 115-118
As-Soffaat 1-10
Al-Ahqaaf 29-32
Ar-Rahman 33-36
Al-Hasyr 21-24
Al-Jin 1-9
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas

Kalau nak download mp3 ni pun boleh..Kat 4shared…atau lau kita baca sendiri tak sampai 15 minit pun..Yang penting kita berusaha dan bertawakal kepada allah… lau nak dalam bentuk adobe reader…beleh je tekan google terus…so ain download dalam dua2 bentuk…adobe dan mp3…

Biasanya, lau kita bacakan pada orang yang sakit…akan terdapat la simptom2 seperti berikut..
Denyutan jantung makin kencang
Badan bergegar
Ada benda bergerak-gerak bawah kulit
Mengantuk/menguap
Batuk
Gelisah
Panas di tengkuk

Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk….

seperti mana yang kita tau, dalam dunia perubatan islam, ayat-ayat alquran merupakan senjata penting untuk mengubati pesakit. Ain sendiri pernah membacakan ayat ruqyah ini pada orang yang terkena gangguan jin selama 4 malam dah berturut2 sebelum dia tidur..dan ternyata badannya sakit…panas membahang satu badan…dan ..yang sakit tu bukan orang lain dengan ain..melainkan orang yang ku cinta… memang kesian dekat dia kepanasan dan kesakitan.. namun apa yang mampu ain lakukan.. hanya doa daripada jauh…dan Allah yang melindunginya… so, untuk pengetahuan U allz, dia dah sakit selama 2 tahun 3 bulan.. Selama dia sakit tu, bermacam2lah dugaan kami..dan sekarang pun masih sakit jugak.. berubat dah ngan Dato Harun Din…tapi mugkin benda ini ambik masa yang lama..tapi me masih sabar menunggu dia..tapi yang peliknya dia xtau dia sakit gini…penat me..mmm… nanti lah cerita pasal dia…
so, untuk mengamalkan ayat ni untuk sesuatu tujuan:-

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

0 comments:

Pernah dengar tentang syaitan berpaut dibahagian dada?



Pernah dengar tentang syaitan berpaut dibahagian dada?

Apakah tandanya?

Tandanya ialah bila di ruqyah, pesakit ada rasa nak muntah.

Tapi rasa macam tersangkut di dada. Muntah tu taknak keluar.

Kenapa jadi keadaan tersebut?

Sebabnya dalam diri pesakit masih ada apa yang dipanggil penyakit hati.

Contoh penyakit hati ni seperti dendam, sakit hati, iri hati, cemburu berlebihan dan sebagainya.

Tahukah anda yang penyakit hati ni adalah disebabkan oleh bisikan syaitan yang bersarang di situ?

Jadi dalam post ni saya nak kongsikan macam mana nak buat.

Caranya ialah:

1) Hentikan ruqyah dan sedarkan pesakit jika kerasukan.

2) Gunakan bahasa yg lembut dan sewajarnya. Terangkan pada pesakit KEMUNGKINAN keberadaan syaitan di dada boleh berpunca dari penyakit hati.

3) Minta pesakit utk memaafkan, dan 'melepaskan' yg terbuku di hati. Jika pesakit rasa dizalimi, jelaskan bahawa serahkan pembalasan pd Allah, dan Allah sebaik² pembalasanNya. Kita maafkan, dan 'lepaskan' supaya hilang tempat² syaitan berpaut dalam dada.

4) Tadah tangan dan dicadangkan membaca Alfatihah & 3 qul (Al ikhlas, Al falaq & An nas). Tiup pada tapak tangan.

5) Boleh juga baca ayat lain.

6) Berdoa. Contohnya;

"Ya Allah, pada hari ini, aku maafkan dan aku lepaskan segala amarah dan dendam dalam hati ini. Seandainya ia penyebab syaitan tidak keluar dari dadaku selama ini, maka Engkau keluarkanlah mereka ya Allah. Permudahkanlah urusan aku sebagaimana aku permudahkan urusan orang lain. La haula wala quwata illa billah"

(Boleh bina ayat sendiri.)

7) Tepuk di sekitar dada dan tolak ke arah mulut. Pejam kembali mata dan perawat boleh terus sambung bacaan ruqyah.

Pesakit ulang tepukan dan tolakan ke arah mulut beberapa ketika sambil mendengar bacaan ruqyah.

Ini adalah hasil amalan/kaedah saya pada kes sebegini.

Alhamdulillah kebanyakannya berhasil dengan izin Allah.

Dan sy tegaskan ia cuma kaedah, bukan kemestian utk melakukan ini. Wallahu'alam.

Semoga Allah memberi ilmu dan kekuatan kepada saya untuk terus berkhidmat dan membantu pesakit gangguan.

Semoga Allah menyembuhkan mereka dan membalas dengan kebaikan atas kesabaran mereka dgn ujianNya.

0 comments: