Pernah dengar tentang syaitan berpaut dibahagian dada?



Pernah dengar tentang syaitan berpaut dibahagian dada?

Apakah tandanya?

Tandanya ialah bila di ruqyah, pesakit ada rasa nak muntah.

Tapi rasa macam tersangkut di dada. Muntah tu taknak keluar.

Kenapa jadi keadaan tersebut?

Sebabnya dalam diri pesakit masih ada apa yang dipanggil penyakit hati.

Contoh penyakit hati ni seperti dendam, sakit hati, iri hati, cemburu berlebihan dan sebagainya.

Tahukah anda yang penyakit hati ni adalah disebabkan oleh bisikan syaitan yang bersarang di situ?

Jadi dalam post ni saya nak kongsikan macam mana nak buat.

Caranya ialah:

1) Hentikan ruqyah dan sedarkan pesakit jika kerasukan.

2) Gunakan bahasa yg lembut dan sewajarnya. Terangkan pada pesakit KEMUNGKINAN keberadaan syaitan di dada boleh berpunca dari penyakit hati.

3) Minta pesakit utk memaafkan, dan 'melepaskan' yg terbuku di hati. Jika pesakit rasa dizalimi, jelaskan bahawa serahkan pembalasan pd Allah, dan Allah sebaik² pembalasanNya. Kita maafkan, dan 'lepaskan' supaya hilang tempat² syaitan berpaut dalam dada.

4) Tadah tangan dan dicadangkan membaca Alfatihah & 3 qul (Al ikhlas, Al falaq & An nas). Tiup pada tapak tangan.

5) Boleh juga baca ayat lain.

6) Berdoa. Contohnya;

"Ya Allah, pada hari ini, aku maafkan dan aku lepaskan segala amarah dan dendam dalam hati ini. Seandainya ia penyebab syaitan tidak keluar dari dadaku selama ini, maka Engkau keluarkanlah mereka ya Allah. Permudahkanlah urusan aku sebagaimana aku permudahkan urusan orang lain. La haula wala quwata illa billah"

(Boleh bina ayat sendiri.)

7) Tepuk di sekitar dada dan tolak ke arah mulut. Pejam kembali mata dan perawat boleh terus sambung bacaan ruqyah.

Pesakit ulang tepukan dan tolakan ke arah mulut beberapa ketika sambil mendengar bacaan ruqyah.

Ini adalah hasil amalan/kaedah saya pada kes sebegini.

Alhamdulillah kebanyakannya berhasil dengan izin Allah.

Dan sy tegaskan ia cuma kaedah, bukan kemestian utk melakukan ini. Wallahu'alam.

Semoga Allah memberi ilmu dan kekuatan kepada saya untuk terus berkhidmat dan membantu pesakit gangguan.

Semoga Allah menyembuhkan mereka dan membalas dengan kebaikan atas kesabaran mereka dgn ujianNya.

0 comments: