TANDA TANDA GANGGUAN JIN, SIHIR, SAKA & HISTERIA

 TANDA TANDA GANGGUAN JIN, SIHIR, SAKA & HISTERIA 

dalam Tubuh Kita.



A. TANDA-TANDA PADA ANGGOTA BADAN

1. Sering merasa was-was dan ketakutan tanpa sebab yang jelas.

2. Suka marah-marah dengan kadar emosi yang tidak terkawal.

3. Dorongan kuat untuk melakukan perbuatan maksiat.

4. Merasa lesu dan malas untuk beribadah.

5. Susah khusyuk dalam mengerjakan solat, (susah mengingat rakaat yang sudah dikerjakan).

6. Suka menghayal, melamun, menyendiri dan mengurung diri secara berlebihan.

7. Sering pening dan merasa sakit pada kedua mata, telinga, hidung, bahu dan belikat, gigi, tekak tanpa sebab yang jelas. 

8. Selalu berpaling dari zikir mengingat Allah dan memandang remeh kegiatan ibadah solat dan amal kebaikan lainnya.

9. Fikiran selalu runsing, merasa sedih, jantung berdebar-debar dan selalu lesu.

10. Sering kerasukkan baik separuh ingatan atau sepenuhnya.

11. Sering mendengar bisikan memanggil namanya atau menyuruh sesuatu kejahatan seperti mencekik anak sendiri bahkan menyuruh bunuh diri, cederakan diri 

12. Merasa ada yang mengikuti, mengejar dan mengancam akan membunuh.

13. Merasa ada yang mengajak bicara, mendengar bisikan untuk melakukan sesuatu, membunuh, memperkosa, memukul, meloncat dari tempat yang tinggi dan sebagainya.

14. Sering mencium bau –bauan wangi, bau anyir atau busuk yang tidak terlihat sumber baunya.

15. Melihat benda benda seakan bergerak, berputar, terbalik , dan lain sebagainya.

16. Melakukan tindakan-tindakan aneh tanpa disadari.

17. Tiba tiba dapat meramal, membaca fikiran orang lain atau mengetahui apa yang akan terjadi.

18. Cemas dan paranoid (takut yang berlebihan).

19. Melihat penampakan mahluk halus atau merasakan keberadaan mahluk halus.

20. Rasa sakit disalah satu anggota badan namun setelah diperiksa doktor tidak tahu punca sakit.

B. TANDA-TANDA WAKTU TIDUR

1. Susah tidur, Selalu cemas dan sering terbangun diwaktu malam.

2. Susah bangun dan banyak tidur sehingga tidak dapat melakukan ibadah, pekerjaan dan aktiviti harian.

3. Mimpi buruk yang menakutkan dan tidak mampu bangun meminta tolong, bila tersedar terasa penat sangat atau lesu. 

4. Mimpi melihat berbagai binatang seperti ular, ulat, anjing, kala-jengking, buaya, serigala, harimau dan binatang buas yang lain serta menakutkan.

5. Tertawa, menangis, menjerit, berbual atau bergeser gigi sewaktu tidur.

6. Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat yang tinggi dan semua yang berkaitan dengan tempat tinggi.

7. Berdiri dan berjalan pada waktu tidur tanpa disedari.

8. Mimpi berada dalam tempat perkuburan, tempat sampah atau kawasan yang seram dan mengerikan. 

9. Mimpi melihat orang yang pelik seperti tinggi , pendek, putih atau hitam .

10. Mendengkur dengan keras (seperti harimau, dsb), mimpi-mimpi yang seram dan mengerikan.

11. Mimpi bertemu dengan orang yang sama (laki/perempuan) berkali-kali dan ingin bertemu dengan orang yang dimimpikan itu.

12. Mimpi seakan-akan ditindih benda yang berat dan tidak boleh untuk melepaskan diri dari tindihan tersebut.

13. Mimpi berulang kali melihat atau bertemu keluarga yang sudah meninggal, melihat mayat, mimpi mati, mimpi berbicara dengan orang yang mati dan semua mimpi yang berhubungan dengan kematian. 

14. Mimpi zaman sewaktu kecil atau zaman dahulu kala.

15. Mimpi melihat suatu peristiwa dan keesokan harinya mengalami peristiwa sama seperti yang dialami dalam mimpi tersebut.

16. Kerap mimpi betsetubuh dan bila sedar terasa sakit pada alat sulit.

C. TANDA-TANDA RUMAH atau TEMPAT PERNIAGAAN BERMASALAH

1. Kedengaran bunyi guli jatuh atas siling.

2. Bunyi kerusi atau tarikkan atau tolakan perabot.

3. Nasi & makanan cepat basi dan rosak.

4. Kerap melihat lintasan atau kelibat.

5. Keadaan rumah yang muram, gelap serta panas selalu tanpa sebab.

6. Lebam pada anggota tubuh-badan di peha, lengan dan dada tanpa sebab.

7. Banyak bertengkar dan bergaduh di dalam kalangan ahli keluarga, suami isteri tanpa sebab.

8. Duit selalu hilang  punca.


diatas hanya beberapa tanda yang jika ada salah satu dari tanda di atas, anda mungkin mengalami masalah ganguan sihir/saka, jin ingin berkawan/berdamping dan lain-lain.

0 comments:

Ayat Pembatal SIhir Paling Mujarab


Assalamualaikum dan Salam Silaturrahim | Secara umumnya coretan ini ditujukan buat semua , terutamanya bagi mereka – mereka yang sedang menderita sengsara angkara sihir , santau serta yang seangkatan dengannya .Sihir atau santau ini di buat daripada berbagai-bagai jenis serta bahan – bahannya juga berbeza .


Namun kesemuanya itu dilakukan oleh manusia yang ada penyakit dalam hati mereka melalui perantaraan makhluk halus atau apa yang disebut dalam al-Quran iaitu jin.


Tujuan sihir itu dilakukan ialah untuk mendatangkan mudharat kepada orang tertentu (target) agar target tadi jatuh sakit, merana, putus tunang, tiada jodoh, bercerai dengan pasangannya, rugi dalam perniagaan, gila, tergila-gila akan seseorang, tidak dapat melafazkan akad nikah, hilang nafsu syahwat (mati pucuk), muntah darah, mati dan sebagainya .


Di zaman yang serba canggih atau zaman google !!! Kita sering dikhabarkan dengan istilah-istilah seperti buatan orang, santau, tuju, pelalau, busung, pengasih, penunduk, pemisah, penguat, pengunci, pengikat, penyeri muka, pelaris, dan sebagainya , kepada pengamal – pengamal sihir ketahuilah sihir itu HARAM di sisi agama ISLAM .


Inallah sayubtiluh ulang 10x
 Dah habis sambung hingga akhir Kemudian baca semula dari awal


0 comments:

Thinkquran Aplikasi Belajar Bahasa Arab dengan Surah Alquran 15minit sehari


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Ahlan wa Sahlan & Selamat Datang buat semua yang ingin belajar & faham makna al-Quran secara modern yang sangat interaktif.

Perkenalkan sebuah App bernama THINK QURAN yang akan memasuki pasaran tidak lama lagi in sya Allah.

TAHNIAH! Anda semua dijemput untuk menjadi pengguna TERAWAL di Malaysia & seluruh dunia. Klik link di bawah untuk merasai keseronokan bermain game al-Quran.

Mudah, Menarik & Efektif.

Sesuai untuk sesiapa sahaja. Dewasa atau kanak-kanak. 

👇👇👇👇👇👇👇
👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻

App hebat ini in sya Allah akan membantu & melatih anda memahami & mengingati makna kalimah² penting dalam al-Quran dengan cara yang mudah, menarik & berkesan.

🔥 Awas! App ini akan membuatkan anda LEKA.

Ramai yang telah terlajak dengan Think Quran. Tanpa sedar mereka dapat ingat makna 1 ayat atau 1 surah dengan berkesan. Anda pula bagaimana? Cubalah! 😃

Jadilah pengguna App TERAWAL. Klik link ini sekarang.


Utk keterangan lanjut hubungi:


Sebelum tu, keluarga & rakan-rakan anda yang lain dah tahu pasal ni? Forward je mesej jemputan ini kepada mereka.

🔖 untuk ikuti perkembangan bilakah App ini akan dilancarkan? Join saja

0 comments: