ilmu saka
Ilmu Saka Boleh Sakiti Orang Lain Dan Diri Sendiri
Membicarakan
tentang SAKA adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak
dan tidak mudah untuk diyakini.
Masyarakat melayu memahami saka sebagai ilmu
yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di
bawahnya
daripada ibu ataupun bapa kepada anak,
daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau
cicitnya, ataupun
ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa
saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam
lingkungan keluarga.
Yang
dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan
dengan jin-jin, sama
ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat
ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari. Dengan perantaraan
makhluk
tadi, waris berkenaan berupaya melakukan
rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau
tidak menurun.
Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga
waris adakalanya melibatkan diri dengan ilmu kebatinan mempertahankan
diri seperti
ilmu amalan wali suci, budi suci dan
lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan amalan Al-Fatihah, silat
syeikh, amalan
sinar Islam dan sebagainya.
Amalan
kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu
penggerun, ataupun amalan yang lebih
bersifat peribadi seperti ilmu seri muka,
ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional. Pemilik saka
yang melibatkan
ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi
oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk
melakukan rawatan
dan sebagainya yang berkaitan dengan ilmu
kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya
melakukan rawatan
dalam keadaan menurun biarpun dia tidak
pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus.
Dari
sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak
sedarkan diri, menurun lalu melakukan rawatan,
berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat
dilihat oleh mata kasar dan sebagainya. Hal demikian berlaku kerana
makhluk tadi
meresap dalam tubuh orang berkenaan,
menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakkan lalu menggunakan jasad
manusia untuk bertindak.
Keadaan
seperti ini dikenali sebagai ‘menurun’ dimana makhluk halus tadi telah
menurun atau meresap
dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan
sesuatu menurut tujuan asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia.
Pelbagai
natijah luar biasa (nadir) mencarik kebiasaan
adat dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab musabab berlaku
seperti
yang dijelaskan. Iaitu boleh melakukan
rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat
benda-benda
berat dan sebagainya yang tidak upaya
dilakukan oleh manusia biasa.
Makhluk
yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian
daripada dampingan manusia menyebabkan
orang yang seumpama ini berupaya melakukan
sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa. Jin atau makhluk
halus yang
dibela oleh manusia, pada kebiasaannya
memerlukan manusia yang biasanya terdiri daripada kaum keluarga atau
terus berdampingan
dengan manusia setelah tuan yang asal tadi
meninggal dunia. Makhluk yang seperti inilah yang dinamakan SAKA yang
diperturunkan
dari satu generasi kepada generasi
berikutnya.
Penurunan
saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan
sengaja apabila seseorang itu
secara berterangan menyatakan pada waris
tertentu seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau
berkelayakkan
mewarisi ilmu pemiliknya yang dimiliki selama
ini. Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima,
maka bermula
dari tarikh itu dia telah mewarisi saka tadi.
Penurunan
saka juga boleh berlaku secara tidak langsung apabila seseorang waris
itu menerima barang-barang tertentu,
yang pada kebiasaannya terdiri daripda keris,
lembing ataupun tombak atau objek lain seperti tangkal, azimat, batu
geliga,
akik dan sebagainya.
Penting
Objek-objek
tersebut pada zahirnya merupakan benda yang dapat dipegang dan dirasa
dengan tenaga atau dilihat
oleh pancaindera. Objek tersebut hakikatnya
adalah merupakan lambang, dimana disebalik lembing atau batu geliga atau
lain-lain
objek tadi terdapat jin atau jin-jin berserta
dengannya. Penurunan kaedah kedua ini biasanya berlaku setelah pewaris
meninggal
dunia dimana barang-barang tadi menjadi
barang peninggalannya si mati (pewaris).
Objek-objek
ini terutamanya keris pada kebiasaannya dilangiri dengan air limau
nipis pada malam-malam tertentu
seperti malam Jumaat, sebulan sekali atau di
malam Jumaat awal Muharram setiap tahun ketika bulan penuh dan
dipersapkan dengan
kemenyan.
Limau
nipis merupakan satu bahan penting yang sering digunakan dalam pelbagai
upacara amalan kebatinan termasuk
perubatan melayu tradisional untuk memutus
ubat, mandi perajan, mandi membuang sial badan dan sebagainya. Kaedah
atau upacara
melangiri senjata mungkin diketahui melalui
pengajaran oleh pewaris ataupun melalui mimpi.
Apabila
seseorang itu menerima saka tadi, tidak kira samaada pada asalnya
pewaris itu redha atau tidak lalu
akhirnya tunduk menerima dan melakukan
upacara atau syarat-syrat yang diajar secara langsung atau tidak
langsung termasuk
ketika mimpi, makhluk tadi akan semakin rapat
dengan ‘tuan’ barunya yang boleh ‘diperintahkan’ melakukan
sesuatu. Iaitu untuk tujuan rawatan seperti
yang dijelaskan. Untuk membinasakan lawan atau orang lain dengan
permintaan pelanggan
yang datang menemuinya.
Dari
sinilah lahirnya pelbagai jenis amalan kebatinan seperti ilmu pengasih,
ilmu penunduk, ilmu seri muka,
ilmu pemisah iaitu untuk memisahkan antara
suami isteri, ilmu pelalau iaitu ilmu menyebabkan seseorang itu tidak
kira lelaki
atau perempuan tidak mendapat jodoh atau
premis perniagaan yang tidak didatangi oleh pelanggan.
Termasuk
dalam ilmu kebatinan ini ialah khidmat daripada pemilik saka yang boleh
digunakan untuk menyakiti seseorang
yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak
normal atau bertindak seperti orang yang tidak waras, santau dan
sebagainya. Semua
amalan ini termasuk dalam kategori ilmu sihir
iaitu tindak tanduk manusia yang melibatkan jin-jin atau yang dikenali
sebagai
makhluk-makhluk halus. Perlu dijelaskan
bahawa amalan sihir adalah salah satu perbuatan dosa besar yang
membinasakan.
Ilmu
Yang Diwarisi Melalui Saka Ada Dua Jenis
Jenis
Pertama
Adalah
seperti yang dijelaskan diatas yang ada kalanya boleh digunakan untuk
sesuatu yang dianggap boleh memberi
manfaat seperti untuk tujuan rawatan, ilmu
pengasih, digunakan untuk mencari barang hilang dan sebagainya. Selain
mencari
barang hilang saka juga boleh digunakan untuk
mencuri barang kepunyaan orang lain seperti mencuri wang, barang kemas,
pakaian
termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu
banyak hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan
makanan
iaitu kurma dizaman Nabi s.a.w.
Selain
boleh ‘digunakan’ untuk tujuan yang dijelaskan tadi, makhluk ini juga
sering menyakiti orang
lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga tuan
saka tadi malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan
iman si
empunya diri yang dianggap sebagai tuan tadi
akan menyerang tuannya terutama ketika telah uzur,sakit atau ketika tua.
Orang Melayu yang memahami hal-hal
yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan bahawa makhluk ini
seumpama tidak
terkawal apabila tuannya meninggal dunia dan
tidak ada dikalangan keluarga yang sedia untuk mengambil alih peranan
yang dimainkan
oleh pewaris selama ini. Keadaan akan menjadi
redha apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada
makhl;uk ini.
Anggapan
ini ada kebenarannya tetapi pada hakikatnya biarpun makhluk ini
mempunyai tuan baru ia tetap menjadi
masaalah kepada manusia terutama kepada
keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu
ialah untuk
menyesatkan manusia seberapa banyak yang
boleh agar mereka dapat masuk keneraka bersamanya.
Jenis Kedua
Saka
ataupun penyakit yang diwarisi daripada seorang pewaris kepada seorang
atau beberapa orang waris akibat
daripada gangguan atau serangan iblis dan
syaitan yang berlaku turun temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris
itu sakit,
sakit yang sama akan dideritai oleh wrisnya.
Pada
kebiasaannya sakit yang berpunca daripada saka tidak kira samada saka
jenis pertama atau kedua adalah sama. Senagai
contoh sekiranya seseorang itu tidak boleh
tidur malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji
lalu dia
menghantuk-hantukan kepala maka keadaan yang
sama akan dialami oleh keturunannya atau mereka yang diserang oleh saka
tadi
yang terdiri daripada kaum keluarganya.
Tidak
mudah untuk memberi penjelasan bahawa
seseorang itu sakit akibat saka. Umumnya apabila sesuatu masaalah atau
sakit itu dirujuk
kepada mereka yang terlibat dengan amalan
kebatinan, maka selalunya dikatakan bahawa penyakit tersebut dirujuk
sebagai kena
buatan orang, kena sihir, gangguan, saka dan
sebagainya.
Hakikatnya
masaalah penyakit perlu dirujuk kepada pakar
kerana punca penyakit itu adalah pelbagai akibat kecederaan seperti
luka,patah,
keracunan, stress, depress dan sebagainya
akibat gangguan ataupun sihir.
Segala
punca gangguan ini sukar diakui oleh pengamal
perubatan moden tetapi kesemua faktor yang dijelaskan berlaku kepada
mangsa.
|
|||||||
|
0 comments: