Adakah Jin Boleh Ditundukkan?
Jin ada kalanya masuk ke dalam badan manusia dengan cara yang hanya
Allah SWT sahaja mengetahuinya. Ada di kalangan menusia yang sakit
lumpuh, gila, lupa diri, was-was, sesat, dan bermacam-macam lagi akibat
tindakan mereka.
Golongan jin yang melakukan perbuatan ini adalah yang kafir atau fasiq.
Tetapi jin yang beriman tidak melakukan perbuatan seumpama ini, mereka
adalah golongan yang baik sebagaimana manusia yang beriman juga.
Dan dengan kurniaan Allah SWT., umat manusia diajar cara-cara bagaimana
untuk mempertahankan diri daripada golongan jin ini akan diterangkan
kemudian cara-cara mendinding diri daripada gangguan mereka.
Sebagaimana Allah telah member kemudahan kepada Nabi Sulaiman a.s.
begitu juga Nabi Muhamad SAW juga diberi kemudahan dalam beberapa
perkara.
1. Hadis
yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abdullah bin Mas’ud r.a.
sesungguhnya baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“setiap kamu akan diwakilkan satu qarin (sahabat) daripada bangsa
jin. Mereka (sahabat) bertanya apakah engkau pun ada ya Rasulullah,
sabda baginda ya, aku pun ada, tetapi Allah membantu aku mengatasinya
sehingga aku selamat (atau dia telah Islam) maka tidak menyuruh aku
melainkan yang baik semata-mata.
2. Abu-Darda’ r.a meriwayatkan bahawa pada suatu ketika baginda Rasulullah SAW berdiri di kalangan kami, baginda menyebut “aku
berlindung kepada Allah daripada Kamu” kemudian sambungnya : aku laknat
kamu dengan laknat Allah, tiga kali kemudian dibuka tangannya
seolah-olah mengambil sesuatu setelah sembahyang, kami bertanya “Ya
Rasulullah kami mendengar engkau berkata di dalam sembahyang tadi
sesuatu yang tidak pernah kami dengar sebelum ini dan engkau buka pula
tanganmu.” Jawab baginda, “sesungguhnya musuh Allah iaitu Iblis datang
membawa bara api untuk membakar mukaku, maka aku berkata, aku laknat
mereka yang yang hendak menggangguku, demi Allah kalau aku tidak
teringat doa saudara kita Sulaiman aku akan ikat mereka supaya anak-anak
penduduk Madinah boleh bermain dengan mereka.”
Al-Qadhi Iyadh berkata maksudnya Nabi Muhammad SAW teringat firman Allah SWT mengenai doa Nabi Sulaiman, “Jangan ada selepas aku sama kekuasaan yang ada padanya,”
bermakna Nabi Muhammad boleh juga menagkap jin itu dan
menguasainyatetapi sebagai menghormati dan merendahkan dirinya maka
tidak ditangkapnya jin itu.
Begitu juga Abu Hurairah r.a. meriwayatkan katanya, "sesungguhnya baginda Rasul bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya
jin Ifrit telah mengacau aku semalam supaya memutuskan solatku, dan
sesungguhnya Allah mebolehkan aku menguasainya. Maka sesungguhnya aku
bercita-cita untuk mengikatnya ke kota masjid. Sehinggakan orang ramai
boleh melihatnya, kemudiaan aku teringat kata-kata abangku Sulaiman, “
Ya Allah ya tuhanku ampunlah dosaku, berikanlah kepadaku kekuasaan tidak
dapat pada orang lain selain aku.” Maka Allah menolak jin itu dengan penuh kehinaan.
Kesimpulannya Nabi Muhammad SAW juga diberi kemudahan oleh Allah untuk
memerintah jin dan syaitan itu. Ibnul-Jauzi berkata jin dimudahkan
untuk Nabi Sulaiman tetapi Nabi Muhammad banyak dibantu oleh para
malaikat.
0 comments: