Masalah Saka
Gangguan
iblis dan syaitan merangkumi iktikad atau kepercayaan yang boleh
menyebabkan seseorang itu sesat; kufur, syirik
atau murtad. Selain daripada itu iblis dan
syaitan juga mengganggu otak manusia menyebabkan seseorang mangsa itu
berhadapan
dengan masaalah yang berkaitan dengan otak,
pada hati menyebabkan timbulnya rasa was-was, tidak percaya pada tuhan,
pada agama
yang dianuti dan sebagainya. Iblis juga
menganggu jasad manusia menyebabkan seseorang itu berasa sakit pada
bahagian jasad
yang berkenaan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu
berjalan dalam tubuh anak Adam menurut perjalanan darah.
Gangguan Fizikal Yang Dituruti
Dengan Gangguan Iblis Dan Syaitan
Orang
yang lemah tubuhnya akibat kecederaan fizikal, disertai dengan roh yang
lemah lebih mudah diganggu oleh
iblis dan syaitan berbanding dengan mereka
yang tidak menghadapi masaalah fizikal. Orang yang berhadapan dengan
masaalah stress
berpanjangan, lebih mudah diserang histeria
berbanding dengan mereka yang hidup tenang, suasana yang menggalakkan
dan berupaya
meraih ketenangan hidup.
Gangguan
iblis dan syaitan ke atas manusia adalah sesuatu yang benar. Ia boleh
berlaku yang melibatkan bahagian
otak, hati, jasad. Seperti manusia, apabila
kehidupan makhluk ghaib itu diganggu oleh manusia, biarpun perbuatan
tersebut
dilakukan diluar pengetahuan, makhluk ini
akan bertindakbalas. Gangguan boleh berlaku samaada ketika berada
dihutan, ditempat
sunyi jauh daripada manusia, dikubur-kubur
dan sebagainya. Tanpa kesalahan atau kesilapan manusia makhluk ini juga sering mengganggu manusia kerana dikalangan makhluk ini memang terkenal dengan kejahatannya. Inilah
yang dinamakan ‘GANGGUAN’.
Apabila
kegiatan manusia itu disokong atau disertai oleh jin-jin yang terdiri
daripada syaitan atau sebagainya, samaada
makhluk tersebut dibela atau dibuat sahabat,
maka ketika itu orang yang berkenaan telah melakukan perbuatan yang
dinamakan
‘sihir’. Orang yang melakukannya dinamakan
‘tukang sihir’. Sihir tidak boleh berlaku kecuali dengan
adanya penglibatan jin-jin seperti yang
dijelaskan.
Meresap
Dengan
ilmu kebatinan yang dipelajari dengan sengaja atau tidak disengajakan,
orang
yang seperti ini berupaya menyeru jin atau
jin-jin tersebut meresap masuk dalam tubuhnya. Ketika itu jasad manusia
berkenaan
akan menjadi seumpama sarung semata-mata.
Kegiatan berikutnya yang dilakukan oleh makhluk iaitu jin yang meresap
dalam tubuh
tadi.
Ketika
inilah orang yang berkenaan boleh melakukan kegiatan tertentu
bergantung kepada keadaan. Ia boleh melakukan
rawatan yang dikenali sebagai rawatan
tradisional dimana kegiatan tersebut ada kalanya melibatkan amalan
menurun, menilik,
mengurut dan sebagainya. Penglibatan makhluk
ini dalam tubuh membolehkan seseorang itu melakukan pergerakkan silat
biarpun
dia tidak pernah mempelajari pergerakkan
fizikal ilmu persilatan sebelum itu, menjadi kebal dan sebagainya.
Selain
daripada itu, makhluk ini juga boleh digunakan untuk menyakiti atau
menyihir orang lain. Menyebabkan lahirnya
ilmu penunduk, ilmu penggerun, ilmu pemanis
muka dan sebagainya. Perlu diperjelaskan bahawa kegiatan yang dijelaskan
diatas
ini tidak akan berlaku tanpa adanya
penglibatan jin atau jin-jin yang meresap dalam tubuh manusia.
Apabila Orang Yang Memiliki
Ilmu Meninggal Dunia
Apabila
orang yang berkenaan meninggal dunia, saka tersebut diwarisi oleh
seorang atau beberapa orang waris tertentu.
Kesan daripadanya mangsa akan menghadapi
masaalah yang hampir sama dengan masaalah yang ditanggung oleh pewaris
asal. Makhluk
yang terlibat dengan kegiatan individu
berkenaan perlu berdamping atau ‘dibela’ oleh orang lain, semata-mata
untuk
menyesatkan manusia yang biasanya terdiri
daripada saudara mara. Dari sinilah lahirnya istilah SAKA, iaitu makhluk
jin yang
berdampingan dengan waris terkeatas itu
diturunkan atau dipusakai oleh waris terkebawah, dimana penurunan ini
selalunya berlaku
dikalangan waris yang rapat.
Penurunan Saka
Penurunan saka ini boleh berlaku dalam dua keadaan;
Berlaku secara terus
: Orang yang mempunyai saka itu dengan
terang-terangan memberitahu yang dia menurunkan
ilmunya kepada orang tertentu. Waris yang
terlibat kebanyakkannya tidak menyedari bahawa apa yang diturunkan atau
yang dipusakai
itu adalah terdiri daripada jin-jin atau
hantu-hantu. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah istimewa berbanding
dengan waris-waris
lain kerana mewarisi ilmu kebatinan.
Berlaku menurut kehendak :
Penurunan ini berlaku menurut kehendak jin
itu sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya pewaris itu telah meninggal
dunia.
Biar
dalam keadaan apa sekali pun, masaalah yang berkaitan dengan saka
adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku.
Ia melibatkan jin-jin, membolehkan seseorang
itu melakukan sesuatu yang luarbiasa seperti yang diterangkan. Dan
apabila seseorang
itu menerima saka, ia akan mempunyai
kebolehan untuk melakukan sesuatu seperti yang dilakukan oleh orang yang
mempunyai saka
yang asal.
Satu
jenis saka yang lain ialah saka yang merupakan penyakit atau gangguan
daripada jin-jin tidak melibatkan rawatan.
Orang yang terlibat apabila diganggu saka
adakalanya fungsi otaknya menjadi tidak normal, berjalan ditengah malam
tanpa dapat
mengawal diri, duduk termenung sendirian,
marah tidak menentu, mengamuk dan sebagainya termasuk
menghantuk-hantukkan kepala
kedinding.
Manusia
mudah terdedah kepada masaalah termasuk penyakit kerana manusia itu
tidak mempunyai ketahanan diri yang
ampuh yang dikenali sebagai ‘body
resistance’. Orang yang seumpama ini mudah dijangkiti kuman batuk,
selsema,
sakit kulit dan sebagainya berbanding dengan
orang yang mempunyai ketahanan diri yang kuat.
Begitu
juga dengan kekuatan roh, yang berupaya menolak pelbagai masaalah
kebatinan atau kerohanian termasuk
apa yang dikenali sebagai ‘saka’. Kerana itu
untuk memperlengkapkan diri daripada diganggu oleh saka iaitu jin-jin
tadi, kita perlu mempunyai roh yang kuat. Roh
yang kuat perlu pemahaman agama, dimana ia akhirnya diterjemahkan
melalui amalan
atau ibadah. Hanya dengan ilmu sahaja
seseorang itu menaruh keyakinan terhadap Allah SWT dan rasa ikhlas
ketika melakukan
amalan-amalan tersebut. Itulah yang dikenali
sebagai sebagai amalan bertakarub iaitu memperhambakan diri kepada Allah
SWT
lalu akhirnya seseorang itu mendapat kurnia
kasih Allah SWT. Apabila ini berlaku, orang yang berkenaan akan
memperolehi kekuatan
zahir dan batin. Ketika ini apabila dia
bermohon, Allah SWT akan memperkenankannya dan ketika memohon
perlindungan, Allah
SWT akan melindunginya. Demikianlah
janji-janji Allah SWT terhadap hamba kekasihnya.
Amalan-amalan
ini melibatkan ibadah pada waktu malam, dimulai dengan sembahyang
taubat, kemudian beristighfar, sembahyang
tahajud, sembahyang tasbih, berzikir, selawat
dan diakhiri dengan sembahyang hajat. Semoga Allah SWT memberi hidayah
kepada
kita juga kepada mereka yang menghadapi
masaalah yang serupa.
0 comments: