Anda Ingin Jadi Perawat ??
Anda mahu jadi seorang perawat?
Anda mahu jadi seorang perawat? Betul? Sudahkah anda fikirkan risikonya? Berani tanggung? Syabas!
Mari kita buat sedikit kira-kira sebelum anda meneruskan niat murni anda itu : )
Katakanlah
dalam sehari anda merawat satu kes yang membabitkan sihir. Maksudnya
anda sudah pun menyakitkan hati satu jin/ banyak jin, dan seorang
pengamal ilmu sihir. Mereka tentunya marah kerana anda mencampuri urusan
mereka, apatah lagi jika anda berjaya menggagalkan kerja-kerja mereka.
Oleh itu, mereka akan mencari ruang untuk ‘mengenakan’ anda sebagai
membalas dendam.
Sehari,
seorang pengamal sihir jadi musuh anda. Kalau seminggu? 5-6 orang.
Sebulan? Setahun? Sudah berapa ramai pengamal sihir yang tidak puas hati
dengan anda, dan mereka akan membalas dendam jika berpeluang? Bukan
diri anda sahaja, tetapi keluarga dan harta-benda anda menjadi sasaran
mereka. Musuh anda ratusan. Campur dengan jin-jin, mungkin puluhan ribu.
Padahal anda berseorangan. Mampukah anda (dan isi rumah anda)
berhadapan, ataupun sekurang-kurangnya bertahan dengan mereka semua?
Apabila
kita mula memikul tugas sebagai seorang perawat, ertinya kita sedang
mengumpulkan musuh-musuh dari kalangan jin dan manusia. Semakin hari
semakin banyak.
Apa macam?
Masih bercita-cita untuk masuk ke gelanggang?
Fikir-fikir dulu...
Tapi...
Kalau
anda tidak jadi seorang perawat pun, anda tetap jadi sasaran para jin
dan syaitan juga. Tidak mustahil juga anda ataupun ahli keluarga anda
ada/ akan terkena sihir. Bezanya, anda tidak ada ilmu untuk menentang
jin dan sihir itu. Teruk juga situasinya ye tak?
Dengan
itu, jadi perawat pun berisiko tinggi, tak jadi perawat pun berisiko
tinggi. Samalah halnya dengan nasib warga Palestin di Gaza sekarang.
Jadi pejuang pun anda akan dimusuhi dan mahu dibunuh tentera Zionis, tak
jadi pejuang pun anda dimusuhi dan mahu dibunuh oleh tentera Zionis.
Mana satu pilihan anda?
Teringat
kata-kata Ustaz Majid (Akrine) dalam Kursus Intensif Rawatan Islam.
Katanya banyak perawat yang mengaktifkan diri mereka sebagai perawat,
dapat bertahan sekitar dua tahun sahaja. Selepas dugaan demi dugaan
mendatang, mereka mula kurang aktif, dan akhirnya terus senyap.
Tulisan
ini bukanlah bertujuan melemahkan semangat bakal-bakal perawat, cuma
ada baiknya kita menilai kesediaan diri (dan keluarga, jika sudah
berumahtangga) sebelum terjun ke dunia rawatan. Sekiranya berasa kurang
mampu, belajarlah sekurang-kurangnya sebagai benteng pertahanan untuk
diri dan keluarga.
0 comments: