AKTIVITI MEMAGAR RUMAH PUSAKA



Pada 26/11/2012 kami diarahkan oleh Ust.Abd.Wahab bin Dawam melakukan aktiviti memagar rumah pusaka di pulau 3 kampung batu gajah dikawasan perkuburan lama Sultan Mahmud dan perkuburan Pendakwah Nusantara. Kami datang 2 kereta iaitu Cikgu Md Noor,Rahim ,Idris,Hj ALias,Imam Masjid Teluk Intan,Abdul Halim dan Imam Masjid Desa Bakti.

Kami bersolat maghrib disurau dan selepas berjemaah kami bergegas kerumah makcik Ust.Abdul Wahab yang baru saja meninggal Jumaat Lepas.

Kami membaca yasin beramai-ramai beserta doanya sekali kemudian merenjis air yasin tersebut diseluruh rumah bahagian atas  yang diketuai oleh aku sendiri,kemudia dibahagian bawah rumah diketuai oleh Hj Alias dengan menabur garam yang dicampur dengan lada hitam bersama-sama sambil membaca yasin ayat 1 - 9.

Alhamdulillah setelah selesai kami sempat memakan durian yang berjatuhan disekeliling rumah tersebut. Tiada gangguan yang berlaku selama aktiviti tersebut dijalankan .Inilah adalah kali ke-3  kali kami melakukan praktikal bersama.

0 comments: