Menurut
ulama, sihir adalah perkara yang dihasilkan dengan cara mendampingi
syaitan yang tidak mampu dilakukan
manusia. Ibnu Khaldun dalam kitab
mukadimahnya mentakrifkan sihir sebagai ilmu mengenai cara melakukan
persediaan yang membolehkan
jiwa manusia memberi kesan terhadap anasir
alam tanpa pedoman atau dengan pedoman sumber langit. Tanpa pedoman itu
ialah ilmu
sihir dan yang keduanya ilmu mengenai tilsim
atau rajah.
Sihir
adalah perbuatan yang mengelirukan pancaindera. Menyihirkan bererti
membohongi dan membunuh kewarasan.
Apabila berasa dua matanya disihirkan, itu
tandanya orang berkenaan dikhayalkan dengan perkara yang salah.
Perkataan sihir
bermaksud menyadur sesuatu dengan helah dan
khyalan, iaitu seseorang ahli sihir melakukan beberapa perkara dan
pengertian
hingga orang yang disihir merasai apa yang
dihadapannya berbeza.
- Menurut golongan Muktazilah, sihir hanya satu pembohongan tidak berasas.
-
Imam
as-Syafie
pula mengatakan sihir ialah was-was
(keraguan) dan satu penyakit. Katanya punca sebenar sihir ialah tilsim
yang digunakan
untuk menimbulkan kesan cirri bintang.
-
Menurut
Imam al-Qurtubi, sihir ada kebenarannya dan
reality kerana Allah menjadikan apa saja perkara atau kejadian yang
dikehendaki-Nya.
Sewaktu
Rasulullah SAW disembuhkan daripada sihir yang menimpanya, baginda
bersabda,”Sesungguhnya
Allah telah menyembuhkan aku. Penyembuhan
hanya berlaku dengancara menarik semula kesakitan dan menghilangkan
penyakit”.
Ertinya,
sihir adalah benar dan satu kenyataan. Ini
keyakinan yang jelas menerusi pemberitahuan Allah dan Rasul-Nya mengenai
kewujudan
serta kejadian sihir. Pandangan ini dipegang
oleh Ahlu al-Halli Wal ‘Aqdi yang menjadi rujukan berlakunya Ijma’
dikalangan umat. Jadi ia tidak diambil kira
jika ada perbezaan pendapat oleh Muktazilah dan orang yang tidak
sehaluan dengan
mereka.
Menurut
Farid
Wajdi, orang yang berakal tidak meragui
kewujudan sihir dalam aspek keberkesanannya. Al-Quran sendiri menyebut
perkara ini
(al-Baqarah: 102). Hanya syaitan itulah yang
kafir (mengerjakan sihir) mereka mengajar sihir kepada manusia.
Golongan
Muktazilah dan sebahagian ahli sunnah menolak
kewujudan sihir. Kata mereka, ia hanya sebentuk pembohongan,
pengkaburan dan
penyakit. Mereka menggangapnya sebagai ilmu
silap mata saja. Antara dalil mereka ialah firman Allah (al-A’Araf :
116),
Maka tatkala mereka melemparkan, mereka
menyulap mata orang dan menjadikan orang ramai itu takut. Tegas mereka,
mukjizat dan
sihir akan bercampur aduk jika mengatakan
sihir satu realiti.
Abbu Haiyyan
dan al-Razi membahagikan sihir kepada lima,
iaitu;
1.
Berbentuk mengubah benda dan menciptanya menjadi seperti mukjizat dan
karamah pada zahirnya
seperti boleh terbang, melalui perjalanan
jauh pada satu malam saja dan mengubah sesuatu menjadi emas atau
sebaliknya. Bentuk
sihir ini pada hakikatnya boleh berlaku
menerusi penggunaan jin.
2.
Berbentuk
penipuan, pengkaburan dan silap mata yang
tiada hakikat baginya. Ini pendapat golongan Muktazilah. Antara bentuk
sihir ini
termasuk pengkhayalan dan silap mata yang
biasa dilakukan oleh pemain silap mata.
3.
Berbentuk menggunakan perkhimatan jin dan memohon bantuan mereka untuk
menggerakkan sesuatu
atau memindahkannya. Jin terbahagi kepada dua
jenis iaitu jin mukmin dan jin kafir (syaitan). Orang yang meminta
bantuan syaitan
dan menggunakan khidmatnya adalah ahli sihir
(orang kafir). Jin mukmin menolak memberi bantuan kecuali untuk tujuan
yang baik
sahaja. Orang yang mahu bantuan jin selain
tujuan itu tidak akan dilayan, sebaliknya mungkin mereka akan disakiti
pula. Biasanya
orang yang menggunakan syaitan memang
menyembah syaitan dan bukan Allah ataupun mereka telah kufur sejak mula
lagi. Inilah
yang disyaratkan oleh syaitan kepada mereka
sebelum memberi bantuan dan mentaati mereka.
4.
Berbentuk susunan benda yang dikumpulkan. Diatas benda tersebut dibakar
beberapa jisim, azimat
dan nama bintang. Kemudian ia dijadikan
peralatan sihir. Peralatan ini disusun merangkumi ungkapan yang
bercampur aduk diantara
ucapan kufur dan rajah.
5.
Dengan cara ahli sihir mendakwa dia mengetahui sebuah nama yang
teragung dan jin mengikut perintahnya
dalam banyak perkara. Dengan cara itu dia
dapat menguasai akal manusia dan melakukan kepada mereka sekehendak
hatinya. Dia
juga dapat mempengaruhi jiwa yang lemah
menerusi sangkaan dan khyalan.
Al-Syaukani
dalam tafsirnya menyebut sihir boleh memberi
kesan pada hati, iaitu menimbulkan rasa cinta dan benci, mengumpul dan
memisahkan
serta mendekat dan menjauhkan. Allah
berfirman (al-Baqarah : 102). ‘Dan
mereka
itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat
dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah.’
Telah
terbukti
sihir boleh berkesan dengan sendirinya.
Hakikatnya diterima kecuali oleh golongan Muktazilah dan Abu Hanifah.
Sufian
meriwayatkan daripada Ammar al-Zahabi bahawa
seorang ahli sihir pernah berada disisi al-Walid bin Uqbah lantas
menunjukkan
kebolehannya berjalan diatas tali, masuk
menerusi dubur keldai dan keluar menerusi mulut binatang itu. Jundub
lantas menghunus
pedang dan membunuhnya. Lantaran itu Jundub
digelar sebagai pembunuh ahli sihir.
Rasulullah
SAW pernah menyebut mengenainya menerusi
sabda: ‘Akan ada dikalangan umatku seorang lelaki yang dipanggil Jundub
menghunus
pedang dan menetak untuk membezakan diantara
kebenaran dan kebatilan.
Al-Bukhari
menyebut berita yang diperoleh daripada Abu
Uthman an-Nahdi yang mengatakan : ‘ Adalah disisi al-Walid seorang
lelaki
yang bermain (melakukan sihir) dengan cara
menyembelih seorang manusia dan mempamerkan kepalanya. Kami kagum,
tiba-tiba datang
Jundub al-Azdi terus membunuhnya.
Menurut
Ibnu
Khudamah, sihir ialah simpulan, jampi dan
ungkapan yang diucap atau ditulis ataupun diamalkan. Ia memberi kesan
pada tubuh
orang yang disihir atau hati ataupun akalnya.
Sihir
adalah
realiti. Menurut Imam as-Syafie ia boleh
membunuh, menyebabkan penyakit, menghalang suami menyetubuhi isterinya,
memisahkan
suami dan isteri serta menimbulkan rasa benci
dan rasa kasih saying salah seorang daripada mereka.
Menurut
al-‘Allamah
al-Qurtubi,tiada siapa menolak perkara luar
biasa menerusi ahli sihir yang diluar kemampuan manusia seperti sakit,
pemisahan,
menghilangkan akal dan membengkokkan anggota
tubuh yang mustahil dapat dilakukan dengan keupayaan biasa. Kata mereka
semua
perlakuan luar biasa dilakukan sihir bukan
perkara aneh. Namun yang menjadikan semua itu bukan sihir. Sihir bukan
sebab berlakunya
sebagaimana tukang sihir tidak berperanan
dengan sendirinya.
Allah
yang
menjadikan semua perkara tersebut,
mentakdirkan dan mewujudkannya ketika sihir itu wujud. Hal ini sama
seperti Allah mentakdirkan
dan menjadikan kenyang ketika menelan makanan
dan hilang dahaga sewaktu meneguk air.
Al-Qurtubi
mengatakan lagi bahawa ulama Islam telah
sepakat bahawa dalam sihir tiada perkara yang Allah lakukan seperti
menurunkan belalang,
kutu, katak, pembelahan laut, menukar tongkat
menjadi ular, menghidupkan orang mati, menuturkan binatang ternakan dan
contoh
lain termasuk dalam mukjizat rasul. Perkara
sebegini wajib kita yakini bahawa Allah tidak melakukan dan ia tidak
terjadi ketika
tukang sihir mahukan ia terjadi.
Sesetengah
ulama mengatakan harus mempelajari ilmu sihir
kerana malaikat mengajarnya kepada manusia seperti disebut al-Quran.
Pendapat
ini dipegang al-Fakhrurazzi daripada kalangan
ulama ahli sunnah.
Sesetengah
pengikut Abu Hanifah pula mengatakan tidak
kufur jika mempelajari ilmu sihir untuk mengelak daripadanya. Satu
kumpulan pula
mengatakan seseorang yang mempelajari ilmu
sihir hendaklah meminta si pengajar menceritakan bentuk sihirnya. Jika
bentuknya
boleh menyebabkan kufur seperti akidah
penduduk Babylon yang bertaqarub kepada bintang tujuh dan mempercayai bintang itu boleh menunaikan permintaan mereka,
jangan belajar kerana boleh menjadi kafir.
Jika
bentuk
sihir itu tidak menyebabkan kufur tetapi ahli
sihir beriktiqad bahawa sihir itu harus, maka dia kafir. Ini pendapat
Imam as-Syafie.
Imam
Malik, Abu Hanifah dan Ahmad mengatakan semua cara sihir diatas menyebabkan kafir.
Al-Alusi pula mengatakan sihir adalah haram sejajar dengan pandangan yang disebut oleh ulama kecuali ada faktor yang
dibenarkan oleh syarak.
0 comments: