PERJUANGAN USTAZ GHAZALI HASBULLAH.....DALAM KENANGAN....3.6.2011




PERJUANGAN USTAZ GHAZALI HASBULLAH.....DALAM KENANGAN....3.6.2011

Bila disebut Ustaz Ghazali mungkin tidak ramai mengenalinya. Uchi Gaban juga tidak mengenalinya kecuali beberapa sebutan nama beliau dalam perjuangan melalui satu wadah yang diasaskan beliau, Darul Atiq. Uchi Gaban sendiri sempat menghadiri kuliah beliau dan sebagaimana orang yang mengenali beliau, cara beliau bercakap dan bacaannya agak telor tapi lenggok bahasa dan bacaan serta raut mukanya mampu memikat hati orang melihat. Telornya mampu membuatkan hadirin menangis. Itulah berkat seorang Ustaz yang agak dikagumi ini. Orangnya agak veteran dan telah mengasaskan Darul Atiq di Kg. Melayu Rasa, Kuala Kubu Bharu semenjak 1982 yang mana sehingga kini beliau tidak pernah memohon secara rasmi bantuan daripada mana-mana pihak tetapi bantuan dan pertolongan Allah SWT sering menyebelahinya. Setakat 09.06.2010, Darul Atiq memerlukan RM1,000.00 sehari untuk keperluan seharian mereka. Darul Atiq menempatkan golongan 'terbuang' seperti anak yatim, anak nakal yang tidak mampu dibela ibubapa mereka atau atas sebab-sebab lain, anak tidak berkeluarga, remaja terlanjur, penagih dadah, janda-janda dan mereka yang ada pelbagai masalah lagi. Di sini Darul Atiq membimbing mereka dan melahirkan peribadi selaras dengan ajaran Islam. Walaupun telah berusia, ustaz Ghazali masih mengagahkan diri ke surau dan masjid atas jemputan ceramah di seluruh Malaysia sekaligus mendapatkan derma bagi saraan harian Darul Atiq. Agak sebab semalam apabila beliau berpesan mengenai amanah, dan beliau akan menjalankan amanah untuk mendidik mereka-mereka di bawah Darul Atiq sehingga mana beliau hidup. Kalau ingin mendengar kuliahnya, boleh terus ke Darul Atiq setiap sabtu malam. Kuliah di tempat lain banyak sehingga ke Utara tetapi tiada jadual pada Uichi Gaban. Cuma di Surau Ar Rahmah Seksyen 8 Shah Alam setiap Selasa minggu kedua, Kuliah Maghrib



0 comments: